ADS

Pages

Thursday 14 July 2011

Kehebatan Khasiat Vitamin B17

Salam sejahtera..

Ada satu masa dulu saya pernah menonton rancangan Halal Bio di Astro kalau tak silap dan pernah terbaca artikel2 di internet mengenai vitamin B17 ni.Agak menarik juga kalau kita ketahui serba sedikit tentang vitamin B17 ni atau nama lainnya Nitrilosides yang dikatakan mampu mencegah dan merawat kesemua jenis penyakit kanser ( metabolic disease)

Sebelum tu jom kita review sikit sejarah B17 ni.Pada tahun 1950, setelah bertahun-tahun penyelidikan, Dr. Ernest T. Krebs, seorang doktor biokimia telah menemui satu vitamin lalu menomborkannya Vitamin B17 dan dipanggil Laetrile.Setelah beberapa tahun, orang ramai semakin percaya bahawa Dr. Krebs telah menemui pengawal dan penyembuh kanser iaitu Vitamin B17 setelah ramai pesakit kanser yang telah sembuh setelah mengambil vitamin tersebut.

Namun begitu, beberapa ketika kemudian, organisasi multinasional farmaseutikal melancarkan propaganda bahawa Vitamin B17 membawa maut dan tidak berkesan merawati kanser. Vitamin B17 tidak diiktiraf dan tidak dibenarkan sebarang pengeluaran dan penjualan di AS. Mengapa pula? Sedangkan bukti yang kukuh telah pun ada, Vitamin B17 berupaya merawat kanser.Sekiranya Vitamin B17 berleluasa, industri kemoterapi, radiasi dan pembedahan kanser yang mengaut keuntungan jutaan dolar pasti akan lingkup. Sebab itu propaganda itu dilancarkan.Selepas itu, Dr. Krebs berpindah ke Mexico dan penemuannya disambut baik di sana. Hospital-hospital di Mexico menawarkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Setiap tahun, ramai rakyat AS yang pergi ke Mexico untuk mendapatkan rawatan kanser dengan Vitamin B17. Peratusan besar daripada mereka berjaya dirawati, malahan pesakit yang berada di tahap 'menunggu masa' (terminal cancer) juga sembuh. Hanya sebilangan kecil yang tidak berjaya. Sebab apa? Kerana organ dalaman mereka telah teruk dirosakkan oleh rawatan kemoterapi dan radiasi.Tetapi di sudut lain, FDA, AMA dan American Cancer Society masih meneruskan propaganda mereka mangatakan Vitamin B17 adalah tipu semata-mata. Dan oleh sebab itu, beratus-ribu pesakit kanser mati setiap tahun disebabkan rawatan pembedahan, kemoterapi dan radiasi, sehinggalah sekarang.

Agak menarik juga sejarah mengenai B17 ini.Banyak juga kajian yang telah dijalankan antara yang saya boleh highlight kan disini adalah seperti berikut :

1) Dr Ernesto Contreras , Oasis of hope Hospital; Beliau telah berjaya merawat 100,000 lebih pesakit kanser  menggunakan Vitamin B-17.
2) Menurut Dr Philip E .. Binzel , Pakar Kanser , Ohio , Usa : ” B 17 bahan alam semulajadi yang terdapat di dalam pemakanan nitrilosides ini boleh memusnahkan sel-sel kanser serta menyuburkan sel-sel bukan
kanser”
3) Dr . Micheal Tait , Fountain of Life Clinic , Gold Coast , Australia : ” Kanser adalah penyakit metabolic,
terdapat bukti kukuh bahawa pengurangan vitamin B-17 daripada makanan harian kita adalah penyebab utama seseorang mendapat kanser".
4) Dr Kanematsu Suguira , Penyelidik Kanser terkenal didunia :  B17 adalah ejen anti barah paling berkesan
yang pernah diujinya.
5) Dr Hans Nieper , Pakar Kanser dari Jerman Barat ” Setelah melebihi 20 tahun bekerja sebagai pakar, saya mendapati vitamin B17 jauh lebih baik mahupun pencegahan ,. Saya berpendapat bahawa tiada lain melainkan Vitamin B17 yang dapat mengawal semua jenis kanser”.

Itu antara yang saya pernah terbaca dan lihat, ada banyak lagi sebenarnya. Sehingga kini masih tiada lagi pengesahan dilakukan secara rasmi mengenai keberkesanan B17 ini, tetapi banyak testimoni yang telah mengiyakannya. Terpulang kepada kita semua untuk menilainya dengan akal dan fikiran.

Vitamin B17 ini banyak terdapat di dalam buah-buah jenis beri, nuts, bijian dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Tetapi jumlah kandungan B17 yang di katakan antara tertinggi adalah pada biji buah aprikot. Ada juga kajian dilakukan pada satu spesies monyet dan haiwan lain, dimana yang dikurung di zoo mendapat banyak penyakit termasuk kanser kalau tak silap, dan akhirnya mati. Pengkaji juga pelik kerana yang hidup bebas amat jarang mendapat penyakit2 sedemikian. Bila dikaji, mereka mendapati ada daripada haiwan tersebut terutamanya monyet gemar memakan biji2 buah aprikot yang kaya dengan vitamin B17.Adakah ini satu kebetulan?Dan ada segelintir bangsa-bangsa didunia ini yang jarang & tidak pernah tahu apakah itu penyakit kanser. Mereka hidup di kawasan pedalaman & hanya memakan tumbuhan segar & diet mereka adalah jauh daripada bahan-bahan kimia. Tidak seperti kita yang hidup di kawasan yang maju.

Semoga mendapat sedikit manfaat & info...:)


Aprikot


Almond pahit