ADS

Pages

Sunday 29 May 2011

Van Der Sar retired...Van Der Sar bersara sudah...

Hero gawang MU

Awal pagi tadi adalah perlawanan terakhir bagi penjaga gol sensasi terbaik Manchester United selepas era kegemilangan Peter Schmeichel. Walaupun tewas di final Liga Juara2 Eropah menentang Barcelona, namun syabas diucapkan kepada Van Der Sar yang telah mengabdikan diri didalam dunia bolasepak selama lebih kurang 20 thn, lama tu.Jom kite tgk sedikit latar belakang keeper yang berasal dari negara Oranje ini.VDS dilahirkan pada 29 Okt 1970 dan dia adalah pemain yang telah mengumpulkan cap tertinggi didalam sejarah pasukan kebangsaan Belanda iaitu sebanyak 130 cap.Dia memulakan kariernya di Ajax dan dilabel sebagai salah seorang generasi emas pemain2 kelab itu.Selepas 9 tahun bersama Ajax, VDS mencuba angin baru bersama kelab Itali iaitu Juventus.Selepas itu dia mencuba nasibnya di England bersama kelab yang agak sederhana iaitu Fulham selama 4 tahun dan kemudian dilamar oleh Manchester United pada 2005 berikutan prestasinya yang agak memberangsangkan bersama Fulham.Untuk rekod, VDS adalah salah seorang daripada pemain bertuah di dunia yang pernah memenangi Liga Juara2 Eropah bersama dua kelab yang berbeza iaitu bersama Ajax pada 1995 dan bersama Manchester United pada 2008.dia juga pernah mendapat UEFA man of the match dan UEFA Cup bersama Ajax pada 1992.Satu lagi rekod yang menarik pernah dipegang VDS ialah pada musim 2008-2009, dia telah memenangi clean sheet liga dunia / xpernah bolos didalam liga selama 1311 minit, dasyat!..hehe..dia juga adalah pemain paling tua pernah memenangi Liga Perdana Inggeris iaitu ketika berusia 40 tahun 205 hari.VDS juga pernah dianugerahkan Best European Goalkeeper pada 1995, 2008, 2009 and 2010, UEFA Club Goalkeepar of The Year pada 1995 and 2009.VDS memiliki banyak kelebihan seperti ketinggian dan refleks yang baik. Dia juga layak diberi taraf penjaga gol lagenda MU selepas era Peter Schmeichel dengan sumbangan2 besarnya dan ketangkasannya menghalang percubaan lawan.Tahniah & all de best VDS..!

VDS bersama pasukan kebangsaan Belanda
VDS gagalkan percubaan pemain Chelsea..hehe..:)

VDS gagalkan percubaan pemain Liverpool..hehe..:)

VDS gagalkan percubaan pemain Arsenal..hehe..:)
 

Ribut Suria / Badai Matahari bakal melanda?

Gambarajah ringkasan fenomena

Ada terbaca kat paper dan blog2 mengenai Ribut Suria / Badai Matahari ni yang dikatakan akan melanda bumi pada 2012-2013 (not so sure la ).Hmm menarik jugak kalau nak review ni.Dikatakan keadaan di bumi ni akan menjadi huru hara dek penangan fenomena yang berlaku pada Sang Suria kite ni..Tapi sebelum tu cuba kita kaji dulu ape sebenarnye ribut suria ni?Saya ada terbaca artikel mengenainya yang fenomena ini akan berlaku mengikut kitarannya iaitu setiap +-11 tahun sekali di matahari.Pada masa ini akan berlaku Solar Flare / nyalaan api yg meluap-luap di matahari bersamaan kuasa 100 kali bom hidrogen dan bersamaan 20 kali ganda kekuatan Taufan Katrina yang pernah melanda Amerika Syarikat, dasyat tu. Ianya memberi kesan yang agak teruk juga pada sistem yang berasaskan elektronik dan kuasa elektrik kat bumi ni.Bermakna kesannya xde la direct, cuma kita akan terkena juga tempiasnya,teruk atau tak bergantung kpd masa dan keadaan.Fenomena ribut suria yang berlaku pada matahari ini akan melepaskan EMP ( gelombang2 elektromagnetik ) yang akan sampai ke bumi dalam masa yang agak singkat.EMP inilah yang akan mengganggu sistem2 elektronik yang ada di bumi ni.Sebagai contoh, sesiapa yang pernah menonton filem Too Fast Too Furious, kalau anda perasan babak yang awal filem tu, polis kejar kereta Nissan Skyline hero tu dan lepas tu ada tembak sesuatu yang bercahaya lalu terkena pada pintu kereta tu dan terus enjin kereta tu padam. Bende yang ditembak oleh polis itulah yang dipanggil senjata EMP tapi ianya dalam jumlah kuasa yang rendah, bertujuan untuk mematikan segala sistem peralatan elektronik yang ada dalam kereta itu, hebat kan?hehe..Tu belum kite consider lagi alat-alat persenjataan canggih yang ada pada masakini, tahap kebergantungan terlalu tinggi kepada alatan elektronik.Bayangkan peluru berpandu ke, bom jarak jauh ke yg diganngu dengan EMP ni, tiba2 triggered, pastinya huru hara bumi ni nnti,huhu..satu lagi kesannya boleh merosakkan transformer & grid janakuasa elektrik,menyebabkan ianya meletup & terbakar secara tiba2, lps tu bergelap lah kite tanpa tenaga elektrik.Ini pernah terjadi di Quebac pada tahun 1921, menyebabkan kawasan itu bergelap selama 9 jam,dasyat gak kan.. apepun kita xperlu panik, sebab fenomena ni dah banyak kali berlaku sebelum ni. kalau ade pun pastinya kita akan dimaklumkan awal2 dan melakukan persediaan yang sepatutnye..-PEACE-

Gambarajah ringkasan fenomena