ADS

Pages

Sunday, 29 May 2011

Van Der Sar retired...Van Der Sar bersara sudah...

Hero gawang MU

Awal pagi tadi adalah perlawanan terakhir bagi penjaga gol sensasi terbaik Manchester United selepas era kegemilangan Peter Schmeichel. Walaupun tewas di final Liga Juara2 Eropah menentang Barcelona, namun syabas diucapkan kepada Van Der Sar yang telah mengabdikan diri didalam dunia bolasepak selama lebih kurang 20 thn, lama tu.Jom kite tgk sedikit latar belakang keeper yang berasal dari negara Oranje ini.VDS dilahirkan pada 29 Okt 1970 dan dia adalah pemain yang telah mengumpulkan cap tertinggi didalam sejarah pasukan kebangsaan Belanda iaitu sebanyak 130 cap.Dia memulakan kariernya di Ajax dan dilabel sebagai salah seorang generasi emas pemain2 kelab itu.Selepas 9 tahun bersama Ajax, VDS mencuba angin baru bersama kelab Itali iaitu Juventus.Selepas itu dia mencuba nasibnya di England bersama kelab yang agak sederhana iaitu Fulham selama 4 tahun dan kemudian dilamar oleh Manchester United pada 2005 berikutan prestasinya yang agak memberangsangkan bersama Fulham.Untuk rekod, VDS adalah salah seorang daripada pemain bertuah di dunia yang pernah memenangi Liga Juara2 Eropah bersama dua kelab yang berbeza iaitu bersama Ajax pada 1995 dan bersama Manchester United pada 2008.dia juga pernah mendapat UEFA man of the match dan UEFA Cup bersama Ajax pada 1992.Satu lagi rekod yang menarik pernah dipegang VDS ialah pada musim 2008-2009, dia telah memenangi clean sheet liga dunia / xpernah bolos didalam liga selama 1311 minit, dasyat!..hehe..dia juga adalah pemain paling tua pernah memenangi Liga Perdana Inggeris iaitu ketika berusia 40 tahun 205 hari.VDS juga pernah dianugerahkan Best European Goalkeeper pada 1995, 2008, 2009 and 2010, UEFA Club Goalkeepar of The Year pada 1995 and 2009.VDS memiliki banyak kelebihan seperti ketinggian dan refleks yang baik. Dia juga layak diberi taraf penjaga gol lagenda MU selepas era Peter Schmeichel dengan sumbangan2 besarnya dan ketangkasannya menghalang percubaan lawan.Tahniah & all de best VDS..!

VDS bersama pasukan kebangsaan Belanda
VDS gagalkan percubaan pemain Chelsea..hehe..:)

VDS gagalkan percubaan pemain Liverpool..hehe..:)

VDS gagalkan percubaan pemain Arsenal..hehe..:)
 

3 comments:

  1. salah gmbar no.3 tu, patut tunjuk tu VDS bolos brp kali kat pool

    ReplyDelete