ADS

Pages

Saturday 26 November 2011

Nazmi Faiz pemain masa depan Malaysia..

Beraksi menentang Thailand
Pertama kali melihat pemain muda ini beraksi semasa menentang Thailand pada peringkat kumpulan di SEA Games 2011 lalu, saya melihat dia mempunyai potensi yang amat besar untuk dimajukan lagi bakatnya. Ketenangan mengawal bola, visi yang baik, agak kreatif melorongkan bola jauh walaupun bermain sebagai defensive midfielder dan turning yang mengelirukan pihak lawan. Itu adalah kelebihan yang dimiliki oleh Wonder Kid / Kaka Malaysia ini setakat ini yang telah dipersembahkannya. Namun tidak dinafikan banyak lagi yang perlu dipelajari oleh Nazmi untuk mematangkan cara permainannya.Masanya masih panjang lagi didalam sukan no 1 di Malaysia ini. Tahap kepekaan untuk mengelakkan pihak lawan mencuri bola di kakinya dari belakang perlu diperbaiki lagi, kekuatan fizikal yang perlu dipertingkatkan & ketahanan stamina untuk permainan yang intensity nya tinggi sepanjang 90 minit perlawanan, itu adalah sebahagian perkara yang perlu diperbaikinya untuk hari-hari mendatang. Diharapkan supaya Nazmi tidak leka dengan pelbagai perkara di sekililingya yang boleh mengganggu fokusnya terhadap kerjaya sebagai pemain bolasepak. Dan semoga berjaya untuk SPM tahun depan. Bersama memartabatkan skuad Harimau Malaya, Tanah Tumpahnya Darahku..Auuumm...!


1 comment:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Well over 160 thousand men and women are using a easy and SECRET "water hack" to drop 1-2 lbs each and every night while they sleep.

    It's easy and works on everybody.

    This is how you can do it yourself:

    1) Grab a drinking glass and fill it up half glass

    2) Then do this proven hack

    you'll be 1-2 lbs thinner when you wake up!

    ReplyDelete