ADS

Pages

Tuesday 1 May 2012

Jalan2 @ Bandung & Jakarta

Bandung @ Paris Van Java & Jakarta...sudah agak lama berlalu tapi terlupa nak update di blog untuk dikongsikan..somewhere di penghujung 2011...bz la katekan..=p Disini aku nak kongsikan sedikit pengalaman & pandangan sepanjang 4 hari 3 malam aktiviti melancong ( yang terlebih sebenarnye shopping,hehe..) dari Jakarta - Bandung - Jakarta. Percutian kesana adalah telah dirancang oleh keluarga mertua, so aku & family pun joinla..=)

Kami bertolak awal pagi dari Perak ke KLIA untuk menaiki penerbangan lebih kurang 8 pagi dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta lebih kurang 10 pagi.

Garuda Airline, semasa hendak berlepas..sian Harith demam selsema masa ni..

 Baru sampai di Airport Jakarta,muka ngantuk,hehe..
Hari pertama disana kami ronda2 di sekitar Jakarta sebelum ke Bandung. Keadaan jalanraya yang sesak tak ubah seperti di Kuala Lumpur.Cuma apa yang berbeza disini majoriti pengguna jalanraya adalah penunggang motosikal dengan helmet fullfacenya,hehe..

Keadaan Jalanraya di Jakarta, ada teksi Vios..hehe.
Kami berhenti sebentar untuk makan tengahari di salah sebuah restoran Nasi Padang ( terlupa namanya ) dan rasanya adalah lebih kurang seperti nasi padang yang ada di restoran-restoran di Malaysia. Kan serumpun namanya..=) Lepas makan kami melawat sebentar ke Monas, iaitu taman yang mempunyai pelbagai bangunan kebudayaan dan rumah-rumah suku kaum di Indonesia.Disini juga terdapat menara dengan kubah emas kecil diatasnya sebagai mercu tanda di ibukota Jakarta ini.

Di kawasan Monas di Jakarta
Selepas ronda-ronda ( duduk dalam bas je ) kami pun meneruskan perjalanan ke Bandung dengan melalui lebuhraya selama lebih kurang 2 jam setengah & sempat singgah di RnR untuk bersolat Jama` dan membeli apa yang patut..Masa kami pada hari pertama ini banyak dihabiskan di dalam bas sahaja kerana hari pertama ni adalah seperti hari pengenalan kepada kami.

RnR on the way to Bandung dari Jakarta
Kira-kira pukul 4.30 petang waktu Indonesia kami tiba di Bandung. Suasana disini agak sejuk ala-ala Cameron Highland & telah mula menarik perhatian kami dengan pelbagai bangunan-bangunan dan premis beli-belah yang agak menarik & banyak di sekitar jalanraya.Patutla Bandung menjadi bualan ramai dengan tarikan membeli-belah,hehe..Cuma kedai-kedai disini kebanyakannya tutup agak awal sekitar pukul 6 petang. Kami pun sempatla melawat seketika kedai-kedai di sekitar Jalan Dago kalau tak silap, dan membeli mana-mana yang patut & sempat..=) Selepas makan malam di Kedai Ikan (nama restoran kalau tak silap ), kami pun menuju ke hotel penginapan ( Hotel Cemerlang ) untuk berehat.

Antara bangunan awal yang kami jumpa..=)

Hari kedua bermula la aktiviti shopping sepenuhnya..=) Tapi sebelum itu, selepas sarapan pagi kami bergerak menuju ke tempat pergunungan gunung berapi Tangkuban Perahu untuk melawat beberapa tempat menarik disana. Sebelum sampai ke puncak kami turun dari bas dan menaiki van untuk ke sana.Sejuk & nyaman serta penuh dengan penjual-penjual yang gigih memujuk kami untuk membeli barangan jualan mereka,hehe..

On the way to Tangkuban Perahu
Lagi di Tangkuban Perahu



Kami..=)
Sebelum bergerak ke Pasar Baru Bandung ( tempat wajib pergi di Bandung ) kami sempat membeli belah di kawasan bas kami menunggu sebelum kami naik ke puncak menggunakan van tadi. Salah satu barang jualan yang menarik perhatian saya dan selalu dinyatakan dari pengalaman rakan-rakan yang pernah kesini sebelum ini ialah....Teh Botol...rasa teh,cuma dalam botol...di Malaysia tiada rasanya..hehe..=)


Jemput minum..=)
Pelbagai pilihan
Sebelum sampai ke Pasar baru, kami singgah dulu di salah satu outlet yang terkenal di Bandung iaitu Rumah Mode untuk makan tengahari & membeli belah disana. Macam-macam dijual disana seperti pakaian, beg, tas tangan, permainan & baju kanak-kanak dan lain-lain dengan tawaran harga yang menarik...Penuh juga pelancong membeli-belah di dalam bangunan yang ala-ala rumah/villa ini.Sempat juga belikan beberapa barang untuk harith dan isteri. Sempat juga Harith tercicir patung harimau nya masa on the way nak balik semula ke bas..huhu..

@ Rumah Mode



Selepas di Rumah Mode kami bergerak ke Pasar Baru pula. Disini pelbagai barangan dijual dengan harga yang berbaloi. Dari beg sampai la ke kasut dan baju. Tapi yang paling menjadi tumpuan ialah telekung2 yang cantik dan kain-kain dengan harga yang amat menarik minat..=) Syurga shopping la kat sini..huhu..Kawasan disini juga agak sesak dengan kehadiran peniaga dan pelancong, kalau nak rasa kesesakannya sila la datang ke Bandung,hehe..

Suasana sibuk di pintu masuk Pasar Baru
Pelbagai pilihan

Setelah berpenatan di Pasar Baru, kami pun menuju ke destinasi akhir utk hari kedua iaitu ke Toko Tiga yang popular dengan pelbagai jenama jeans dengan harga yang amat berbaloi-baloi..Berbelanja disini adalah value fo money kerana khabarnya jenama jeans yang ditawarkan adalah asli. Setakat ini kualiti jeans yang kami beli pun amat-amat memuaskan hati.

Toko menjual pelbagai jenama jeans dan baju berjenama

Selepas di Toko Tiga, kami pun pergi menjamu selera dan terus balik berehat di hotel dan bersedia untuk keesokan harinya. Hari ketiga kami terus bergerak ke Jakarta semula dan check in di Hotel Millenium yang amat hampir dengan satu lagi pusat beli belah yang lebih menarik minat iaitu di Pasar Tanah Abang. Kami pun bergerak menuju ke Pasar Tanah Abang selepas selesai urusan hotel & makan. Di pasar ini, ianya lebih kurang Pasar Baru di Bandung cuma ia lebih banyak pilihan dan harganya lebih murah. Menurut kenyataan pemandu pelancong kami, kebanyakan barang-barang di Pasar Baru Bandung ini datangnya daripada Pasar Tanah Abang ini. Boleh dikatakan disini adalah pusat asal barangan yang dijual di Bandung.

Dalam perjalanan ke Pasar Tanah Abang

Antara pemandangan di Pasar Tanah Abang

Sebelum makan malam, kami sempat meninjau-ninjau satu lagi pusat membeli-belah iaitu di Sarinah. Disini harganya boleh dikatakan sama seperti di Malaysia. Kami pun hanya meihat-lihat saja kerana kepenatan dan tak sabar untuk menjamu selera sebelum balik ke hotel untuk berehat..

Antara tempat kami menjamu selera..

Hari terakhir kami sempat melawat di satu lagi tempat membeli belah yang agak terkenal dengan barangan persiapan perkahwinan iaitu di Mangga Dua. Selain dari barangan untuk majlis perkahwinan, disini juga ada dijual barangan elektrik, barangan IT, pakaian dan lain-lain lagi..Semuanya pada harga yang semestinya amat berpatutan..Selepas di Mangga Dua kami pun bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik dan tiba di KLIA lebih kurang 8 malam..Satu pengalaman yang menarik bercuti di Bandung..Jom ke Bandung! hehe..=)
Jom balik..=)

3 comments:

  1. Wah macam menarik je bandung... Bila la dpt rezeki gi sana?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  3. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Salam kenal dari kami, Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport.
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun dan peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat kawasan Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Jom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :

    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat)
    Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat)
    Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat)
    Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat)
    Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Masa sewa 14 jam/hari (8am to 10pm)
    *Include : fuel, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete