ADS

Pages

Thursday 28 April 2011

Gaji kakitangan awam naik tahun ni?



Betul ke? banyak khabar angin dan desas desus mengatakan ianya akan dilaksanakan dalam tahun ni jugak..kalau kita punch kat encik google berlambak membincangkan pasal topik ni,yela gaji naik maunye tak menarik,hehe..mungkin sebab slogan negara berpendapatan tinggi kot,takpun sebab harga barangan dan minyak yang semakin meningkat..walaubagaimanapun, kalaupun ianya menjadi kenyataan, haraplah ianya memberi kebaikan kepada banyak pihak.Maksud saya, pihak pertama yang mendapat faedah tentulah kakitangan kerajaan sebab pendapatan mereka bertambah dan sekaligus dapatlah menggerakkan aliran tunai dalam negara kita dalam proses mereka membelanjakan wang pendapatan mereka.Ini tentulah memberi kebaikan dan menyuntik sedikit prestasi ekonomi negara Malaysia ini. Seterusnya diharapkan dengan kenaikan gaji ini ( jika menjadi kenyataan ), rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta tidak mendapat tempias yang negatif. Maknanye, secara tradisi sekiranya gaji kakitangan kerajaan dinaikkan ( selain harga minyak yang naik ), pasti harga barangan juga akan mengikut sama tanpa sebarang sebab yang munasabah. Perkara ini juga pernah dilihat terjadi semasa kenaikan gaji pada tahun 2007 dulu. Keadaan ini pastinya akan membebankan rakan-rakan kita yang bekerja di sektor swasta yang berpendapatan sederhana. Kerajaan diharapkan supaya memantau dengan lebih tegas harga barangan sekiranya perkara ini berlaku. Jangan lah hendaknya satu pihak menerima kebaikan, pihak yang lain pula mendapat kesan yang tak baik. Semoga semua pihak mendapat faedah dan manfaat yang adil daripada hasil negara kita yang melimpah ruah ini...-PEACE-

3 comments:

  1. gaji naik, harga barang naik = takde beza lgsg. sama je kan. but at least kurang lelah sket la. mencik!

    ReplyDelete
  2. hmm..harap2 sume nye ok..:)

    ReplyDelete