ADS

Pages

Wednesday 13 April 2011

Siapa bakal juara BPL 2010 / 2011?


Hi..entri kali ni saya nak kongsi sikit pendapat mengenai team mana yang bakal menjuarai BPL musim 2010 / 2011..Kalau dilihat carta kedudukan yang sedia ada setakat hari ini,semua kipas susah mati sukan bola sepak pasti amat arif pasukan mana yang sedang mengungguli carta..hehe..Tapi ingat,walaupun masih berbaki 6 fixtures lagi,macam-macam boleh terjadi pada liga bolasepak yang paling hot di planet ini ( sebab ramai sungguh pemain berbakat kat liga ni,kalau dapat letak sorang pemain Malaysia kat reserve pasukan-pasukan utama pun dah dikira amat baik). Paling mengerikan kebanyakan jurulatih ialah masalah kecederaan, kebanyakannya adalah disebabkan jadual perlawanan yang padat daripada tugasan antarabangsa dan kejuaraan lain selain daripada liga.Kalau kita lihat dalam kes ini, sebenarnya 4 pasukan teratas rata-ratanya mempunyai ramai pemain kebangsaan dan berbakat.Bila dah hebat dan berbakat, sudah tentu khidmat mereka diperlukan oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan negara masing-masing.Situasi seperti inilah yang mendedahkan mereka kepada kecederaan yang bakal menjejaskan prestasi kelab-kelab yang mereka wakili.Jadi, percaturan jurulatih kelab-kelab teratas BPL ini perlulah lebih bijak dalam menggunakan khidmat pemain-pemain handalan mereka.Jika kita lihat pada pasukan teratas setakat ini iaitu Manchester United, secara keseluruhan Sir Alex (jurulatih MU) berjaya mengadunkan bakat-bakat muda dengan pemain senior sedia ada.Tahap kebergantungan mereka kepada pemain-pemain tonggak senior adalah tidak terlalu ekstrem,dengan kata lainnya, sekiranya pemain senior mengalami kecederaan, mereka sudah mempunyai pemain-pemain muda yang sudah berpengalaman menggantikan pemain senior.Inilah kelebihan yang ada pada pasukan ini setakat ini yang memungkinkan mereka untuk menjuarai BPL pada musim ini.Seharusnya pasukan-pasukan lain mencontohi perancangan ini untuk tampil dengan lebih mencabar sekaligus menjadikan cabaran dalam liga ini lebih menarik lagi.Manakala cabaran pasukan Arsenal juga tidak boleh dipandang ringan kerana mereka mempunyai ramai pemain muda berbakat serta corak permainan cantik yang diterapkan oleh Arsene Wenger seperti yang diketahui ramai.Cuma tahap konsistensi pasukan ini kadangkala turun naik yang membuatkan mereka kehilangan mata berharga dalam perlawanan-perlawanan liga yang dianggap mudah apabila bertemu pasukan yang kurang hebat.Manakala Chelsea dan Man City pula masih belum stabil sepenuhnya musim ini walaupun mempunyai koleksi pemain-pemain yang terkenal di seluruh dunia..Apa pun kita nantikan bagaimana penghujungnya cabaran BPL musim ini..Adakah masih memerlukan perlawanan terakhir untuk menentukan siapa juara?Kita tungguuuuu....GGMU..hehe..:)

Antara pemain-pemain tumpuan musim ini :

Tevez
Berbatov

Malouda
Arshavin
Van Der Vaart

6 comments:

  1. Boring gile entri, man-useless btul aa ha..

    ReplyDelete
  2. fan Liv jgn marah2 ok,sila baca dgn hati yang tenang & fikiran yang terbuka..haha..:)

    ReplyDelete
  3. tq intan sudi komen...amat berharga pandangan anda...hehehe..:)

    ReplyDelete
  4. patut dimasukkan gambar SUAREZ tu, selamba ayamkan 6 pemain Man-useless sekali gus haha

    ReplyDelete
  5. hahaha.. luck ManUseless mmg tggi.. apo nak dikato

    ReplyDelete