ADS

Pages

Sunday 17 April 2011

pEnunU bUnsEn

Penunu Bunsen ataupun dalam englishnye Bunsen Burner...Apekah itu? kalau dikalangan budak-budak Sains tak tau ataupun terlupa nama ni, baik tukar course je,hehe..ianya adalah salah satu radas yang paling glamour di dalam dunia sains di seantero dunia ini..dalam dunia camping pn namenye glamour gak..:)
Yela, kalau la xde benda ni confirm budak-budak jurusan sains tak tau or xkenal apa itu proses pemanasan, pensterilan, pembakaran dan bermacam-macam lagi..
Jom kita jenguk-jenguk sikit dari mana asalnya radas ni yang kita semua selalu gunakan di dalam makmal sekolah dulu.Jangan la hanya tahu buka dan tutup je, lepas tu simpan ketempat asalnya ikut manual makmal di sekolah sahaja.Tak salah kita tambahkan sikit-sikit info mengenai benda-benda disekeliling kita yang selalu kita nampak dan gunakan, barulah ianya menjadi ilmu dan boleh dikongsikan bersama kawan-kawan yang lain...:)

Kita kembali semula kepada tajuk entri ni, nama Penunu Bunsen ini sebenarnya diambil bersempena nama penciptanya iaitu Robert Bunsen, iaitu seorang ahli kimia yang berasal dari Jerman dan juga seorang perintis didalam bidang Photokimia, hebat kan pencapaiannya..Semuanya bermula pada 1852 di University Heidelberg di mana Robert Bunsen bekerja, pihak universiti berjanji akan membina sebuah makmal untuknya,
kebetulan dalam masa yang sama universiti tempatnya bekerja di dalam proses pemasangan pencahayaan lampu jalan yang menggunakan gas arang batu. Makmal yang akan dibina juga akan menggunakan teknologi yang sama, memerlukan pembakar untuk proses pemanasan untuk menjana tenaga. Jenis pembakar yang telah direka sebelumnya mempunyai kekurangan dari kualiti nyalaan, tahap ekonomikal dan agak kompleks.Semasa proses pembinaan bangunan makmalnya, Robert Bunsen telah berjumpa dan berbincang dengan mekanik di universiti itu iaitu Peter Desaga dan mencadangkan beberapa prinsip terbaru untuk mereka prototaip.Akhirnya rekaan itu berjaya disiapkan dengan jayanya iaitu pembakar dengan nyalaan sempurna iaitu pencampuran gas dengan udara yang terkawal dan tahap keterangan nyalaan yang baik.

Zaman berlalu dan banyak rekaan terbaru untuk alat ini untuk memudahkan penggunaanya bersesuaian dengan lokasi. Kalau tiada benda ni susah jugak kan kita nak buat latihan amali Kimia dan Bio kat sekolah dulu..kalau takde guna kayu api la kan,haha..

Jenis yang biasa kita lihat di sekolah dulu..:)

Ini jenis yang dipasang terus ke meja makmal beserta labelnya.


Juga yang dipasang terus ke meja.


sedikit info dipetik daripada : http://en.wikipedia.org/wiki/Bunsen_burner

4 comments:

  1. maaf encik...tumpang tanya...ni cicit albert einstein ker?

    ReplyDelete
  2. xdela,moyang sy org Malaysia..hehe..

    ReplyDelete
  3. bagus btul ko punye blog, berilmiah sungguh..hehe

    ReplyDelete
  4. tq pn elly..hehe..tetiba teringat kt En Penunu Bunsen ni lak..haha..

    ReplyDelete