ADS

Pages

Friday 22 April 2011

Tips-tips penjimatan petrol kenderaan anda...


Kalau sebut saje pasal petrol semua orang tahu isu yang bermain di fikiran masing-masing.Harga yang semakin naik dan bagaimana nak mengurangkan penggunaannya pada kenderaan kita.Bila sebut pasal penjimatan minyak atau petrol ni, ramai yang beranggapan kita mesti memasang / install sesuatu alat yang berfungsi sebagai penjimat bahan bakar ini dengan membelinya di kedai-kedai aksesori kenderaan, juga didalam julat harga yang berbagai-bagai.Kadangkala dengan nilai harga yang tinggi tak masuk akal pun ada,hmm betul ke jimat minyak dengan menggunakan semua alat-alat tambahan ini tadi?Kalau betul-betul berkesan, mesti dah xcukup stok di kedai-kedai aksesori kan?hehe..Silap-silap bertambah teruk dan memberi kesan tak baik kepada kereta anda,jadi berhati-hati ok..

Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui oleh kita semua ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.
Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.

Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.
Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.


Antara tips-tips ringkas penjimatan petrol yang lain yang boleh saya kongsikan disini ialah seperti berikut :

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.

2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.

4. Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.

5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan, tetapi
   dengan had kelajuan yang sesuai.

6. Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mempunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.

7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

8. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada anda.

9. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

10. Beli petrol dalam keadaan suhu yang tidak panas iaitu digalakkan pada pagi hari atau pada waktu malam kerana pada masa ini suhu agak rendah di negara kita.Petrol adalah lebih padat pada suhu yang lebih rendah dan pam petrol hanya menyukat jumlah isipadu minyak yang diisi, bukan pada jumlah ketumpatannya.Oleh itu kita mendapat lebih kilometer pemanduan daripada keadaan ini.

11. Periksa tekanan tayar kereta anda agar bersesuaian dengan spesifikasi tayar yang anda gunakan.tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bahan bakar 2% di bawah tekanan yang sebenar. Jangka hayat tayar yang anda gunakan juga akan lebih singkat dan ini merugikan dari segi kos penggunaan.

12. Perlahankan kenderaan dan pandu mengikut hadlaju. Kenderaan yang dipandu 110km/j menggunakan ekstra 20% petrol berbanding pemanduan optimum sekitar 90-100km/j.

13. Jangan memandu dengan cermin terbuka pada kelajuan yang tinggi. Ini akan mengurangkan kecekapan bahan bakar kereta anda sebanyak 10%. Ini kerana ianya akan menambahkan lagi kadar rintangan pada kenderaan dan mengurangkan lagi ciri-ciri aerodinamiknya.

14. Jangan biarkan kereta anda idle ( enjin hidup tanpa bergerak ) terlalu lama walaupun dalam keadaan yang sejuk, sebaiknya tidak melebihi 2 minit. Keadaan idle menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan pada enjin kenderaan anda. Kebanyakkan kenderaan moden pada hari ini telah direka untuk tidak berada dalam keadaan idle ini sebelum bergerak. Sama juga sekiranya anda sedang dalam keadaan menunggu ataupun didalam kesesakan jalanraya yang teruk, tidak digalakkan untuk berada didalam keadaan idle ini.

Semoga apa yang dipaparkan pada artikel kali ini dapat memberi sedikit manfaat dan informasi berguna kepada anda yang sudi membaca entri ini di blog saya..Ilmu yang baik, kongsi2 kan lah..-Peace- :)

Info dipetik dan disusun semula daripada :


    4 comments:

    1. Panjang boto.. den baco tips2 ee jo hwhwh

      ReplyDelete
    2. dh compile..timo kasih la sudi baco entri ni..teruskan membaco...hehehe...

      ReplyDelete
    3. lain kali highlight main point je dude.. gua mmg pembaca blog malas tegar kalo entri panjang menjela... haha.. but nice..

      ReplyDelete
    4. takpo, boleh baco slow2..haha..

      ReplyDelete